Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 18 sukarelawan SKUAD Antidadah Sibu bantu mangsa banjir di Bintulu
  • SEMASA

18 sukarelawan SKUAD Antidadah Sibu bantu mangsa banjir di Bintulu

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu menerusi sukarelawan SKUAD Antidadah Sibu telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Bintulu yang terjejas, 1 Februari lalu.

Pasukan seramai 18 orang SKUAD Prihatin daripada AADK telah digerakkan ke kawasan Sebiew, Bintulu dengan bantuan Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak, SKUAD Antidadah Bintulu, Seroja FC dan Seroja Volunteer dalam misi tersebut.

Usaha tersebut sedikit sebanyak membantu mangsa banjir meringankan beban dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kediaman.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan kediaman dan mengumpul barang-barang yang musnah akibat bencana itu.

Terdahulu, sumbangan berupa barangan keperluan asas dan pembersihan oleh HQ Optical Delta Mall, Nasi Ulam Sibu, beberapa NGO serta individu-individu telah disampaikan kepada SKUAD Prihatin pada Jumaat.

Majlis ringkas penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu, Raden Khairulzaman Raden Bustari di Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga R.P.R. (SPPS) Sebiew dan Dewan Suarah, Bintulu.

Turut serta dalam misi tersebut ialah Sekretariat SKUAD Antidadah Sibu mewakili Ketua Daerah AADK Daerah Sibu, Mohammad Fadzillah Wahab, Pengerusi SKUAD Antidadah Bintulu, Mohd Azhar Pauzi dan Setiausaha SKUAD Antidadah Sibu, Gloria Umi Dick.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Situasi banjir tunjuk pemulihan, 19 individu lagi dibenar pulang
Next: Sokong berterusan pemimpin bawa pembangunan pesat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.