LAWAS: Seramai 18 peserta di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah menerima bantuan bagi meningkatkan pendapatan ke arah membasmi kemiskinan tegar.
Peruntukan sebanyak RM261,350 adalah dari Kementerian Ekonomi dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak ,Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa telah melakukan simbolik penyerahan di gerai Terminal Bas Lawas hari ini.
Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan pegawai dari Pejabat Daerah Lawas yang menyelaras program berkenaan.
Terdahulu Awangku Jinal memberitahu bahawa inisiatif ini meliputi bantuan peralatan bakeri, peralatan pertanian, peralatan pertukangan rumah, peralatan menjahit sofa dan kusyen, peralatan spa dan urut, peralatan nelayan dan kursus pembangunan minda/motivasi dan pengurusan kewangan bagi semua peserta.
Oleh itu beliau yakin segala usaha ini mampu membawa kumpulan sasar yang ingin berdiri atas kaki sendiri dapat membebaskan diri serta keluarga daripada jurang kemiskinan tegar.
Oleh ADENG EDRUS