Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 18 keluarga tinggal sehelai sepinggang
  • TEMPATAN

18 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Utusan Sarawak 5 years ago
MARAK… Keadaan api yang marak menjilat rumah panjang Rumah Lanting.

TATAU: Sebanyak 18 keluarga rumah panjang Rumah Lanting Depong, Nanga Gun, Sungai Arip Tatau, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang terbabit ranap dijilat api dalam kejadian berlaku sekitar 11.29 malam, Sabtu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus rumah panjang itu.

“Kawalan BBP Tatau menerima awal panggilan kecemasan kebakaran rumah panjang, seterusnya menggerakkan keluaran balai ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rumah panjang yang berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Arip itu menempatkan 65 lelaki dan 70 wanita.

“Kebakaran melibatkan rumah panjang 18 pintu dengan struktur tidak kekal musnah 100 peratus ketika bomba tiba di lokasi,” katanya.

Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana penghuni semua sempat menyelamatkan diri.

Tambahnya, turut berada di lokasi kejadian bagi membantu operasi memadamkan api tersebut adalah pihak bomba dari BPP Selangau.

Katanya, sumber air untuk memadamkan api tersebut adalah dari sungai berdekatan, memandangkan rumah tersebut terletak di seberang sungai kecil dan melalui jambatan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Wakil rakyat GPS komited laksanakan tanggungjawab
Next: Kluster Stutong ‘igauan ngeri’ peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.