Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 163 saman dikeluarkan
  • TEMPATAN

163 saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Motosikal di Jalan Marina di Miri, semalam.

MIRI : Sejumlah 163 saman dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri ke atas penunggang motosikal dalam Ops Motosikal di tiga lokasi berasingan di sini, semalam.

Operasi itu dijalankan di Jalan Marina, Jalan Bendahara  dan Jalan Bandaraya bermula  jam 5 petang hingga 3 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, semua saman itu dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik dilakukan penunggang motosikal.

“Antara kesalahan direkodkan dalam operasi 10 jam itu adalah tiada lesen memandu dengan 47 saman, tiada cermin sisi (63), ubah suai ekzos (30) dan nombor plat ‘fancy’ (23),” katanya dalam satu kenyataan di sini,semalam.

Lim berkata, dalam operasi itu, sebanyak 94 motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu,sebanyak 77 buah motosikal disita untuk tindakan siasatan lanjut.

“Operasi itu berjalan lancar dan tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Seramai 32 anggota polis melibatkan tiga pegawai BSPT Miri , 18 anggota BSPT dan 10 anggota dari Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV).

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Operasi SAR warganegara India lemas diteruskan
Next: Diseru pawang: Enam ekor buaya muncul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.