Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 terkorban dalam serangan pengeboman di Afghanistan
  • GLOBAL

15 terkorban dalam serangan pengeboman di Afghanistan

Utusan Sarawak 5 years ago
KERETA tersebut meletup di hadapan pintu masuk ibu pejabat pentadbiran daerah itu. Dan beberapa penyerang bersenjata cuba memasuki bangunan itu.

JALALABAD: Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala lebih dari 30 yang lain turut cedera parahdalam satu serangan letupan kereta yang menyasarkan sebuah bangunan kerajaan di timur Afghanistan pada Sabtu, kata pegawai tempatan.

Letupan tersebut berlaku berdekatan sebuah bangunan pentadbiran yang turut menjadi tempat penyimpanan kemudahan ketenteraan di daerah Ghani Khel di wilayah Nangarhar, kata jurucakap gabenor kepada AFP.

“Kereta tersebut meletup di hadapan pintu masuk ibu pejabat pentadbiran daerah itu. Dan beberapa penyerang bersenjata cuba memasuki bangunan itu selepas letupan berlaku namun mereka terkorban oleh pasukan keselamatan yang berkawal pada masa itu,” memetik sumber tersebut.

Jurucakap polis wilayah, Farid Khan turut mengesahkan keterangan terhadap kejadian tersebut.

Beliau mengatakan bahawa sebahagian daripada mangsa terkorban pada kejadian itu merupakan antara pasukan unit keselamatan dan juga orang awam. 

Sehingga kini, tiada siapa yang disyaki untuk bertanggungjawab ke atas kejadian itu tetapi Khan menyalahkan Taliban.  – AFP

Continue Reading

Previous: Boracay dibuka semula pulau peranginan
Next: Sesi perdebatan calon Naib Presiden AS diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.