Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 pelombong maut dalam tanah runtuh di Sumatera Barat
  • GLOBAL

15 pelombong maut dalam tanah runtuh di Sumatera Barat

Utusan Sarawak 8 months ago

Gambar fail 25 Februari 2021 menunjukkan sebuah lombong haram runtuh di Buranga, wilayah Sulawesi Tengah. – AFP 

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan 15 pelombong maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan perlombongan haram di daerah Solok, wilayah Sumatera Barat pada Khamis.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara Abdul Muhari berkata empat mayat telah dipindahkan setakat ini, manakala tiga mangsa yang cedera diselamatkan dan tujuh lagi masih dicari. 

“Kejadian di Nagari Sungai Abu, mukim Hiliran Gumanti berlaku selepas hujan lebat di kawasan perlombongan haram yang menjejaskan kestabilan tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Solok (BPBD) Irwan Efendi, usaha mengesan mangsa yang terselamat telah dihalang oleh pelbagai cabaran, termasuk kekurangan isyarat telefon bimbit di kawasan itu.

Tanah runtuh berlaku pada 5 petang, Khamis, tetapi operasi mencari di tapak itu – lapan jam berjalan kaki kerana tiada akses kenderaan – tidak bermula sehingga Jumaat pukul 3 pagi waktu tempatan, dijalankan oleh penduduk tempatan dan penyelamat dengan sumber terhad.

“Tapak tanah runtuh terletak di sebuah lubang lombong lama yang telah ditinggalkan oleh pelombong sebelumnya,” tambah Irwan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tentera udara Malaysia, Indonesia laksanakan operasi simulasi SAR di Pontianak 
Next: Tangani segera krisis Rohingya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.