Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 maut van penumpang terbakar
  • GLOBAL

15 maut van penumpang terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
MEMERIKSA KAWASAN KEJADIAN… Seorang lelaki sedang meninjau van penumpang yang terbakar akibat kemalangan di Nooribad, Pakistan. •Foto AFP

KARACHI: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh ketika sebuah van penumpang yang bergerak di selatan Pakistan kemalangan dan terbakar, kata pegawai semalam.

Van itu membawa penumpang dari Karachi ke bandar Hyderabad apabila melanggar objek dan terbabas lewat semalam.

“Angka kematian dalam kemalangan itu telah mencapai 15 orang,” kata Owais Shah, menteri pengangkutan wilayah Sindh, kepada AFP.

Lima yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, katanya.

Sebilangan besar mayat hangus sehingga tidak dapat dikenali, kata Faisal Edhi, ketua Yayasan Edhi yang bukan berasaskan keuntungan, yang menguruskan bilik mayat di mana mangsa dibawa.

Penyiasat ingin meneliti sama ada silinder gas asli di dalam bas telah menyumbang kepada insiden itu. Kejadian seperti itu sering berlaku di jalan Pakistan, di mana kenderaan yang laju, uzur serta jalan yang tidak dijaga dengan baik menyumbang kepada kadar kemalangan. – AFP

Continue Reading

Previous: PM Thailand bimbang perjudian dalam talian
Next: Trump pilih Barrett ganti Ginsburg

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.