MUKAH: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kem Belia Mukah telah dibuka hari ini, bagi menempatkan mangsa banjir dari beberapa kawasan terjejas.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah, Kapt (PA) Zuriza Binti Sharkawi, sehingga jam 2.50 petang, seramai 15 mangsa daripada tujuh keluarga telah ditempatkan di PPS tersebut.
Katanya, antara kawasan yang terlibat ialah Rumah Jelai Anak Gila, Nanga Sikat, Kampung Teh, SPS Kampung Kuala Lama, Rumah Anderson Kalong, Inkerbai
Ahli Dewan Undangan Sarawak (ADUN) Tellian, Royston Valentine juga berkesempatan melawat PPS SK Ladang 3 Mukah kelmarin, sebelum mangsa tersebut dipindahkan ke PPS Kem Belia Mukah pada hari ini. -EDISI UKAS