Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 maut akibat ribut petir, angin kencang di Gujarat, India
  • GLOBAL

14 maut akibat ribut petir, angin kencang di Gujarat, India

Utusan Sarawak 3 days ago
PENDUDUK di kawasan sekitar diarah untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat susulan hujan berterusan 24 jam lepas. FOTO AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas ribut petir disertai hujan dan angin kencang melanda negeri Gujarat, barat India, menurut pegawai pada Selasa.

Sebanyak 168 daripada 253 daerah kecil di negeri itu menerima hujan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, kematian berlaku akibat kejadian pokok tumbang, papan iklan runtuh, renjatan elektrik, petir dan rumah roboh akibat tiupan angin kencang.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran ribut petir disertai kilat dan angin selaju 50-60 km sejam dijangka berterusan di banyak kawasan di Gujarat dalam beberapa hari akan datang. — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Ketua PBB suarakan kebimbangan terhadap laporan serangan di Asia Selatan
Next: Jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.