Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 kanak-kanak ditahan selepas remaja maut dalam kebakaran
  • GLOBAL

14 kanak-kanak ditahan selepas remaja maut dalam kebakaran

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

LONDON: Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang remaja lelaki maut dalam satu insiden kebakaran di Gateshead, menurut Polis Northumbria.

Kebakaran berlaku berhampiran taman perindustrian Fairfield di kawasan Bill Quay, Gateshead pada petang Jumaat, lapor PA Media/dpa.

Pihak berkuasa melancarkan usaha mencari Layton Carr yang dilaporkan berada di lokasi ketika kejadian.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan, hasil pencarian yang dijalankan oleh Polis Northumbria dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tyne and Wear, satu mayat yang dipercayai milik Layton Carr, 14, dijumpai dalam bangunan berkenaan.

“Pihak waris telah dimaklumkan dan kini menerima sokongan daripada pegawai khas kami,” menurut jurucakap polis.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan bagi membantu siasatan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi susulan siasatan masih di peringkat awal.

“Ucapan takziah kami ucapkan kepada keluarga Layton ketika mereka cuba menerima kehilangan insan tersayang.

“Pegawai khas kami akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam apa jua cara yang diperlukan,” kata Ketua Inspektor Detektif Louise Jenkins. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: PRU2025 Singapura: PAP kekal pegang majoriti lebih dua pertiga
Next: Juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di Selatan California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.