Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 13 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Pakan
  • Tengah
  • WILAYAH

13 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Pakan

Utusan Sarawak 4 months ago

PAKAN: Seramai 13 orang mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Pakan setakat 2.00 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Julau, Lt.M (PA) Vincent Jeavie Johntin berkata, seramai 10 orang mangsa banjir dari Rumah Temuai dan Aji Melay dipindahkan ke PPS tersebut, petang semalam.

“Setakat 2.00 petang ini, tiga orang sekeluarga dari Rumah Merampu dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Pakan.

“Paras air di Pakan masih ditahap membimbangkan kerana hujan turun berterusan sejak pagi 4 Februari lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dari jumlah penduduk rumah panjang yang dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Pakan, seorang adalah warga emas lelaki, dua orang warga emas wanita, dua orang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, dua orang kanak-kanak lelaki dan lima orang kanak-kanak perempuan.

“Maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa dan PPS dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Turut melawat dan menyantuni mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Pakan hari ini ialah Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 60 anggota IPD Lawas sertai perhimpunan bulanan pagi tadi  
Next: ADUN Tanjong Batu buat laporan polis berdepan tuduhan tidak berasas di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.