Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,282 pek bekalan makanan untuk mangsa banjir 18 kampung di Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

1,282 pek bekalan makanan untuk mangsa banjir 18 kampung di Marudi

Utusan Sarawak 7 months ago

KERJASAMA…Penghantaran bekalan bantuan makanan ke lokasi yang terjejas banjir.

MARUDI : Sebanyak 1,282 pek bekalan makanan dihantar kepada mangsa banjir di 18 kampung di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata bantuan bekalan makanan itu adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, penghantaran bantuan berkenaan menggunakan kapal bandung dan dijangkakan selesai diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat banjir dalam masa dua hari iaitu hari ini dan esok.

Pengantaran itu atas kerjasama empat agensi iaitu Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Marudi (JKM), Bomba dan Rela.

Lokasi penghantaran bantuan tersebut ialah Kampung Tumau (36 pek), Rh Jipun Tanjung Upar (44 pek), Rh Vincent Tanjung Upar (104), Rh Philip Tanjung Upar (38 pek), Long Maro (106), Lubuk Kulat (8 pek), Kampung Benawa (104 pek), SK Benawa (40 pek) dan Kuala Tutoh (104 pek).

Lokasi lain yang mendapat bantuan ialah SK Kuala Tutoh (18 pek), Linei Bukit (86 pek), Long Patan ( 74 pek), Long Pahlo (20 pek), Long Unuk (74 pek), Klinik Long Panai (12 pek), Long Panai (264 pek), Sk Long Panai (16 pek), SMK Tutoh (62 pek) dan Rh Gerinang (22 pek).

Continue Reading

Previous: Tanah susur berlaku di Lemanak berikutan hujan berterusan
Next: Warga SJKC Wah Man sertai latihan keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.