Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 128 warga SK Nanga Lasi diberi pendedahan keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

128 warga SK Nanga Lasi diberi pendedahan keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 6 months ago
ANTARA pengisian aktiviti yang dijalankan di SK Nanga Lasi, semalam. Foto BBP Bintangor 

JULAU: Seramai 104 orang pelajar, 24 orang guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lasi serta enam orang ibu bapa menyertai ceramah keselamatan kebakaran. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin, ceramah tersebut bermula 9.00 pagi hingga 1.34 petang, semalam. 

“Enam orang anggota bomba bertugas mengendalikan ceramah dan aktiviti di sekolah tersebut. 

“Ceramah adalah berkenaan cara mencegah kebakaran dan tatacara latihan kebakaran yang berkesan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, aktiviti yang turut diadakan oleh pihaknya bersama warga sekolah tersebut adalah demonstrasi alat pemadam api. 

“Selain itu, turut diadakan adalah cara pemadaman kebakaran awal perkakas memasak di dapur. 

“Program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Sarikei pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir
Next: Bomba Sarikei terus pantau kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.