Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 12 MAUT Letupan gas di masjid
  • GLOBAL

12 MAUT Letupan gas di masjid

Utusan Sarawak 5 years ago

DHAKA: Satu letupan gas yang disyaki berlaku di sebuah masjid di Bangladesh telah mengorbankan 12 nyawa sementara puluhan lagi parah akibat letupan terbabit, kata polis semalam.

Para jemaah sedang menunaikan solat Isyak ketika letupan masjid berkenaan berlaku di daerah Narayanganj, kata pasukan kecemasan.

Penyiasat mengesan berlakunya satu percikan api yang bermula daripada penyaman udara selepas bekalan elektrik terputus.

“Kebocoran gas memasuki ruang masjid tersebut,” kata ketua bomba Narayanganj kepada AFP.

“Apabila mereka menutup tingkap dan pintu, dan membuka penyaman udara lalu satu percikan api muncul dan seterusnya berlakulah letupan di dalam masjid.”

12 mangsa yang terkorban adalah antara 37 yang dibawa ke hospital di Dhaka masih dalam keadaan kritikal, jelas jurucakap hospital.

Dia menambah bahawa kesemuanya mengalami luka melecur antara 70 hingga 80 peratus.

Polis mengatakan sekurang-kurangnya 45 orang mengalami kecederaan dan orang ramai juga turut memberitahu ada terhidu gas bocor.

Di Bangladesh, peraturan tentang keselamatan sering diambil remeh terutama di dalam pembinaan. Ribuan terbunuh setiap tahun dalam insiden kebakaran di dalam negara yang mempunyai penduduk seramai 168 juta orang. – AFP

Continue Reading

Previous: Covid-19: 34 kes positif di Singapura
Next: India, ketiga lepasi 4 juta kes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.