Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 12 juta rakyat daftar MyDigital ID setakat 30 Jun
  • NASIONAL

12 juta rakyat daftar MyDigital ID setakat 30 Jun

Utusan Sarawak 3 hours ago
KERAJAAN perluas penggunaan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 juta rakyat Malaysia telah mendaftar MyDigital ID setakat 30 Jun manakala 16 juta pendaftaran yang telah direkodkan melibatkan pembaharuan dan pembatalan identiti digital itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan terus memperluas penggunaan MyDigital ID sebagai mekanisme log masuk tunggal bagi perkhidmatan dalam talian kerajaan menerusi pelaksanaan strategi integrasi pada peringkat Persekutuan dan negeri.

Beliau berkata arahan pelaksanaan log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 14 Jan 2025 kepada semua kementerian, jabatan Persekutuan, badan berkanun, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sehingga 25 Jun 2026, sebanyak 114 perkhidmatan dalam talian kerajaan telah diintegrasikan dengan MyDigital ID antaranya MyJPJ, MyPTPTN, SPA9 dan MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik di portal Parlimen hari ini. 

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkaitan jumlah pendaftaran MyDigital ID sehingga 31 Mei 2026 serta langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan semua platform dan sistem perkhidmatan kerajaan dalam talian boleh diakses menggunakan MyDigital ID.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata platform tersebut turut diintegrasikan dengan platform MyGOV Malaysia yang dibangunkan Jabatan Digital Negara (JDN), membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan menerusi satu mekanisme pengesahan identiti digital.

Pada peringkat kerajaan negeri, beliau berkata setakat ini sebanyak 19 aplikasi dalam talian telah diintegrasikan dengan MyDigital ID manakala 28 lagi aplikasi masih dalam fasa pembangunan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Isu tular: BKK untuk enam anak rakyat Malaysia, bukan suami warga asing – JKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.