Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 11 TERKORBAN, pusat rawatan Covid-19 terbakar
  • GLOBAL

11 TERKORBAN, pusat rawatan Covid-19 terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
PINDAHKAN PESAKIT… Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat berjaya memindahkan pesakit yang berada di bangunan tersebut dengan 22 daripadanya telah dihantar ke hospital. • Foto AFP

VIJAYAWADA: Seramai 11 orang disahkan terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di selatan India yang digunakan sebagai fasiliti Covid-19.

Kebakaran yang berlaku di Hotel Swarna Palace di bandar Vijayawada itu dilaporkan pada kira-kira jam 5.00 pagi waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat berjaya memindahkan pesakit yang berada di bangunan tersebut dengan 22 daripadanya telah dihantar ke hospital.

Punca kebakaran itu dipercayai berpunca daripada standard keselamatan dan litar pintas elektrik yang lemah.

Perdana Menteri Narendra Modi menzahirkan ucapan takziah dan memberi jaminan sokongan kepada mangsa yang selamat.

Khamis lalu, lapan individu terbunuh dalam kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta untuk pesakit Covid-19 di Ahmedabad, Gujarat.-AFP

Continue Reading

Previous: Kesilapan juruterbang punca nahas pesawat terhempas
Next: 25 TERBUNUH,pergaduhan etnik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.