Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 11 murid SJKC Kiang Hin terima sumbangan cermin mata
  • Tengah
  • WILAYAH

11 murid SJKC Kiang Hin terima sumbangan cermin mata

Utusan Sarawak 8 months ago
SUMBANGAN… Connie Loh Ming Hwa, Tony Kiew dan Tony Kiew serta yang lain menyampaikan sumbangan cermin mata kepada murid-murid penerima di SJKC Kiang Hin.

SIBU: Kelab Lions Sibu Queensway menerusi projek komuniti ‘Eye-Sight First Campaign’ memberikan sumbangan cermin mata kepada seramai 11 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin.

Presiden Kelab Lions Sibu Queensway, Tony Kiew menyampaikan sumbangan itu sambil disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Kapitan So Teck Kee.

Kiew dalam ucapannya berkata, penglihatan yang jelas adalah penting untuk pembelajaran.

“Pendidikan adalah asas kepada potensi seorang kanak-kanak dan inisiatif hari ini memastikan tiada kanak-kanak yang terhalang oleh masalah penglihatan,” katanya.

Beliau berharap, murid-murid yang menerima cermin mata itu dapat terus bersemangat untuk belajar dengan lebih tekun.

“Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan hari ini. Marilah kita terus berkhidmat kepada komuniti kita dan saling mengangkat satu sama lain,” ujarnya.

Sementara itu, menurut bekas Gabenor Daerah Kapitan Connie Loh Ming Hwa, Sight First telah menjadi sebahagian daripada misi Kelab Lions Antarabangsa sejak penubuhannya dan berterusan hingga ke hari ini.

“Kami sebagai Lions terus melaksanakan misi Sight First kami dalam komuniti yang kami berkhidmat setiap hari,” kata beliau.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jackson Larry johan Reka Cipta Tanglung
Next: 53 projek bekalan air dilaksana di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.