Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 11 kategori kekal dipertandingkan dalam KJA 2024
  • TEMPATAN

11 kategori kekal dipertandingkan dalam KJA 2024

Utusan Sarawak 8 months ago
PRESIDEN KDJA
Ronnie Teo

KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) akan menjadi tuan rumah kepada Anugerah Kewartawanan Kenyalang (Kenyalang Journalism Award) 2024, tahun ini. 

Presiden KDJA, Ronnie Teo berkata, penyertaan bagi KJA 2024 itu dibuka bagi penerbitan bermula 1 September 2023 hingga 30 September 2024.

“Setiap peserta boleh menghantar maksimum empat penyertaan termasuk perseorangan atau berkumpulan.

“Hanya ahli aktif KDJA, Persatuan Wartawan Sibu (SJA), Institut Wartawan Rejang (IRJ) dan Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) boleh bertanding dalam Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024.

“Ahli aktif merujuk kepada keahlian baharu bagi 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, sebanyak 11 kategori kekal dipertandingkan dalam Kenyalang Journalism Awards 2024 (KJA 2024).

Antaranya termasuk Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Penulisan Berita), Anugerah Laporan Berita, Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti, Anugerah Laporan Kelestarian dan Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan.

Selain itu, Anugerah Berita Sukan, Anugerah Ekonomi Digital, Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Anugerah Kewartawanan Foto, Anugerah Esei Foto dan Anugerah Premier Sarawak.

Penyertaan boleh dihantar secara atas talian melalui pautan www.mpi.my/award/kja-2024 (pautan akan disiarkan secara langsung kemudian).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Presiden KDJA menerusi talian 016-8823110.

Continue Reading

Previous: Hope Place bantu ringankan beban masyarakat memerlukan
Next: Hidupkan semula karya Opera Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.