Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 11 ahli Kumpulan Halim didakwa di mahkamah
  • NASIONAL

11 ahli Kumpulan Halim didakwa di mahkamah

Utusan Sarawak 5 years ago
SEBAHAGIAN dari 11 ahli Kumpulan Halim, termasuk ketuanya dan lima warga Indonesia, yang sebelum ini ditahan kerana mendalangi penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.• Foto BERNAMA

TELUK INTAN: Ketua ‘Kumpulan Halim’ antara 11 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu sejak dua tahun lepas.

Halim Mohd Nordin, 41, ketua kumpulan itu bersama 10 tertuduh lain iaitu Kamaruzzaman Md Ali, Ismail Ngah Man, Omer Samsudin, Kee Yeoh Song, Rahim Saring, dan warga Indonesia iaitu Suriyanto Mukmin, Budi, Yuda, Watiah dan Yuliana berusia antara 33 hingga 66 tahun mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Halim di dalam Daerah Bagan Datuk antara Januari 2018 hingga 22 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan Low Qin Hui.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

Continue Reading

Previous: Enam anggota kumpulan ‘Satay’ ditahan
Next: Contoh kejayaan Muafakat Nasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.