
LAWAS: Seramai 102 kakitangan Larsen & Toubro East Asia bersama kakitangan dan jurutera Sarawak Enegry menyertai Minggu Keselamatan Larsen & Toubro East Asia di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas.
Ketua BPP Lawas Clarence D. Primus Tiandun mengetuai sesi dengan ceramah kebakaran dan pengenalan jenis alat pemadam api untuk berbagai situasi kebakaran.


“Kita mulakan dengan ceramah kebakaran, diikuti demonstrasi alat pemadam api dan demonstrasi memadam api dapur daripada gas memasak.
Peserta telah mengikuti sesi latihan dengan penuh disiplin dan kerjasama yang amat baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Peserta terdiri daripada 108 kakitangan dan jurutera syarikat Larsen &Toubro East Asia dan empat jurutera dan kakitangan Sarawak Energy.