Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10,000 sertai protes di Mallorca
  • GLOBAL

10,000 sertai protes di Mallorca

Utusan Sarawak 12 months ago
ORANG ramai memegang sepanduk bertulis ‘Mallorca bukan untuk dijual’, ketika mengambil bahagian dalam protes terhadap pelancongan besar-besaran di pulau itu, di Palma de Mallorca, Sepanyol, kelmarin.

MADRID: Hampir 10,000 orang di bandar peranginan Palma, Pulau Mallorca, Sepanyol, menyertai perhimpunan hujung minggu yang diadakan di bawah sepanduk  “Pelancong Balik Rumah!” untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pelancongan berskala besar, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ramai yang membawa plakad bertulis “Katakan basta!” dan “Mallorca bukan untuk dijual!” pada perhimpunan, malam kelmarin.

Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu walaupun terdapat kekurangan penempatan untuk kediaman penduduk.

Semua laporan menggambarkan perhimpunan itu sebagai bersejarah, dan salah satu demonstrasi terbesar yang pernah diadakan di Mallorca.

Para penunjuk perasaan termasuk ramai keluarga dengan anak-anak, pelajar sekolah, pelajar universiti dan warga emas serta kesatuan sekerja, kumpulan alam sekitar dan kumpulan warganegara lain.

Pelancongan adalah penting untuk Mallorca tetapi ramai yang mengatakan hanya segelintir yang mendapat manfaat, sementara majoriti besar yang bekerja dalam sektor itu bergelut dengan pekerjaan bergaji rendah sambil menghadapi kekurangan perumahan untuk kediaman, kesesakan lalu lintas, bunyi bising dan sampah.

Kepulauan Balearic termasuk Pulau Mallorca mempunyai populasi hampir 1.2 juta. Jumlah pengunjung meningkat kepada hampir 18 juta pada tahun lepas dengan 14.4 juta datang dari luar negara. Perhimpunan ini dianjurkan selepas sebuah restoran runtuh pada Khamis, menyebabkan empat orang maut. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Next: 12 cedera dalam penerbangan Doha ke Dublin akibat gelora udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.