12 cedera dalam penerbangan Doha ke Dublin akibat gelora udara

Facebook
WhatsApp

DUBLIN: Enam penumpang dan enam kru cedera akibat gelora udara dihadapi  satu penerbangan dari Doha, Qatar  ke Dublin, Ireland, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, pihak Lapangan Terbang Dublin berkata, penerbangan Qatar Airways itu mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sejurus sebelum 1.00 tengah hari (1200GMT), semalam.

“Sebaik mendarat, pesawat itu disambut oleh perkhidmatan kecemasan, termasuk polis lapangan terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kami, kerana enam penumpang dan enam kru (keseluruhan 12)  di dalam pesawat dilaporkan cedera selepas pesawat mengalami gelora udara ketika melalui ruang udara Turkiye,” kata pihak lapangan terbang itu.

“Pasukan Lapangan Terbang Dublin terus memberikan bantuan penuh di darat kepada penumpang dan petugas syarikat penerbangan,” katanya lagi.

Insiden ini berlaku seminggu selepas seorang lelaki British meninggal dunia dan ramai yang cedera apabila penerbangan Singapore Airlines dari London ke Singapura mengalami gelora udara yang teruk.  – Bernama – dpa

RiTC 2026 berpindah ke Esplanade Kuching

KUCHING: Penganjur Rock in the City (RiTC) 2026 mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran festival muzik itu ke Esplanade Kuching, bersebelahan Hotel Grand Margherita, bagi