Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi

Facebook
WhatsApp
KETUA Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri telah menugaskan delegasi berpangkat tinggi untuk menyiasat kes itu.

TEHRAN: Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri telah menugaskan delegasi berpangkat tinggi untuk menyiasat kes itu.

Delegasi yang diketuai oleh Brigedier Ali Abdollahi telah dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan telah pun bermula.

“Hasil siasatan akan diumumkan kemudian apabila misi selesai,” lapor IRNA.

TANGKAP layar daripada rakaman video yang dikeluarkan oleh rangkaian televisyen negara IRINN Iran menunjukkan Presiden Iran Ebrahim Raisi menaiki helikopter di wilayah Jolfa di Azerbaijan. FotoAFP

Presiden Iran, Ibrahim Raisi dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, kelmarin.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos