Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,000 sertai program berjalan sihat bersama Premier Sarawak di Bintulu
  • TEMPATAN

1,000 sertai program berjalan sihat bersama Premier Sarawak di Bintulu

Utusan Sarawak 2 hours ago
SANTAI SIHAT… Abang Johari mengetuai peserta menyertai program ‘Berjalan Sihat Bersama Premier Sarawak’ sempena program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Bintulu dan Hari Tanpa Kereta Bintulu anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kira-kira 1,000 peserta memeriahkan program ‘Berjalan Sihat Bersama Premier Sarawak’ sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Bintulu dan Bintulu Hari Tanpa Kereta pihak Lembaga Kemajuan (BDA) di Pantai Tanjung Bintulu di sini, hari ini.

Program riadah tersebut bermula di parkir No.1 Pantai Tanjung Batu dan berakhir di Pusat Falak Bintulu dengan penyertaan masyarakat pelbagai lapisan umur yang hadir seawal pagi.

RAKAM KENANGAN… Abang Johari bersama kenamaan dan orang ramai bergambar kenangan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba kira-kira 7.00 pagi bersama anaknya, Dayang Nurjihan, dan disambut meriah oleh orang ramai yang mengambil peluang berinteraksi serta bergambar bersama beliau.

Penganjuran program itu bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform mendekatkan kepimpinan negeri dengan rakyat dalam suasana santai dan harmoni.

Selesai sesi tersebut, Premier Sarawak menghadiri sesi sarapan pagi di Farley Food Court bersama tetamu kenamaan lain serta meluangkan masa menyantuni masyarakat setempat dan peniaga di lokasi berkenaan.

SARAPAN PAGI… Abang Johari menghadiri sesi sarapan pagi bersama tetamu kenamaan dan masyarakat setempat.

Beliau turut menyaksikan transaksi pembayaran menerusi sistem Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melibatkan tiga penerima di kaunter Farley sebagai simbol komitmen kerajaan negeri dalam memastikan inisiatif kebajikan terus dimanfaatkan rakyat secara menyeluruh.

Premier Sarawak kemudian merasmikan Program Sarawakku Sayang Bahagian Bintulu 2026 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu yang menjadi pengisian utama program berkenaan.

SKAS… Abang Johari menyaksikan transaksi pembayaran menerusi Sistem Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di Medan Selera Farley.

Turut menyertai program itu ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Stephen Rundi Utom; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama beberapa Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang rangkaian kereta api Bintulu-Samalaju
Next: Rakyat diminta jangan terpedaya pemimpin yang hanya ‘keluar waktu kempen’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.