Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 1,000 ekor ikan siakap dilepaskan ke perairan umum
  • BISNES

1,000 ekor ikan siakap dilepaskan ke perairan umum

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGERUSI Persatuan Penternak Ikan Sangkar Rambungan, Mohd Ihsan Mohammad Tudin.

KUCHING: Persatuan Penternak Ikan Sangkar Rambungan telah membekalkan 1,000 ekor ikan siakap bersaiz lima hingga tujuh inci kepada Jabatan Perikanan Sarawak untuk dilepaskan ke perairan umum di Tebing Sungai Kampung Telaga Air Kuching.

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Sangkar Rambungan, Mohd Ihsan Mohammad Tudin, 36, berkata, sudah dua dan tiga tahun beliau membekalkan ikan untuk Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian dari Kuching hingga ke Mukah dan ke Limbang.

“Untuk menghantar ikan ke Miri dan Bekenu kita menggunakan jalan darat,” katanya ketika ditanya pemberita pada Program Perlepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum di Tebing Sungai Kampung Telaga Air Kuching, di sini, kelmarin.

Bohari berkata, beliau mula mengusahakan bekalan ikan bermula pada 2012 hingga 2015. Ketika itu, beliau beliau berhadapan dengan masalah mendapatkan benih ikan. Maka beliau mengambil inisiatif untuk menghasilkan sendiri benih ikan siakap dalam sangkar.

“Sebab masalah kita di Sarawak ini adalah benih jadi saya berusaha untuk mengatur,” katanya.

Bohari memberitahu, mereka sekarang mempunyai 98 petak sangkar.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Sama-Sama Digital beri subsidi RM6.4 juta
Next: Dato Ibrahim Baki dilantik ahli Lembaga Petronas baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.