Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 warga SJKC Yong Seng terperangkap banjir diselamatkan
  • Tengah
  • WILAYAH

10 warga SJKC Yong Seng terperangkap banjir diselamatkan

Utusan Sarawak 2 months ago
PASUKAN bomba membantu memindahkan seramai lima murid, lima guru dan seorang kerani SJKC Yong Seng selepas jalan utama ke sekolah tersebut dinaiki air. Foto PGO JBPM Sarawak

SIBU: Bomba melakukan tugas khas menyelamatkan seramai lima murid bersama lima guru dan pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Seng selepas jalan utama masuk ke sekolah itu dinaiki air sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, jalan utama sekolah itu dinaiki air sedalam kira-kira satu kaki atau paras bawah lutut.

Kata kenyataan itu, kenderaan kecil tidak dapat melalui jalan tersebut kecuali kenderaan berat atau pacuan empat roda sahaja. 

“Pihak sekolah tidak dapat keluar disebabkan jalan utama air naik sedalam satu kaki ataupun paras bawah lutut. 

“Kesemua mangsa adalah seramai 11 orang yang memerlukan perpindahan ke tempat yang selamat. Seramai lima orang guru, seorang kerani sekolah dan lima orang murid,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan membantu memindahkan 11 individu ke tempat selamat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan tradisi, ‘lombak colop’ diadakan malam Sabtu, Ahad ini
Next: Tanah kubur mendap diatasi segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.