Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 TERBUNUH runtuhan bangunan
  • GLOBAL

10 TERBUNUH runtuhan bangunan

Utusan Sarawak 5 years ago

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Maharashtra, semalam.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian berlaku di kawasan Bhiwandi di daerah Thane dekat bandar kewangan India, Mumbai sekitar 3.45 pagi semalam.

“10 orang terbunuh dan kami menyelamatkan 11 orang setakat ini,” menurut laporan rasmi pihak berkuasa tempatan bandar Thane.

Lebih 40 petugas kecemasan tiba di lokasi bencana termasuk 30 pasukan penyelamat daripada Pasukan Tindakan Bencana Negara (NDRF).

Ketua Pengarah NDRF, Satya Narayan Pradhan berkata dalam Twitter yang pasukannya dilengkapi dengan peralatan khas dan anjing pengesan sedang berusaha menyelamatkan 20 hingga 25 mangsa yang terperangkap di bawha runtuhan.

Dilaporkan 20 keluarga mendiami rumah di bangunan yang berusia 40 tahun itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Narendra Modi turut menzahirkan dukacita dan kesedihan berhubung kejadian runtuhan bangunan itu.

“Dukacita dengan kejadian bangunan runtuh di Bhiwandi, Maharashtra. Takziah kepada keluarga yang kematian ahli keluarga. Semoga yang cedera segera sembuh.

“Operasi menyelamat dalam perjalanan dan segala bantuan yang diperlukan akan disediakan kepada mangsa yang terjejas,” katanya dalam ciapan Twitter.-AFP

Continue Reading

Previous: Ribuan tunjuk perasaan tuntut Netanyahu berundur
Next: Trump, Suga bincang wilayah Indo-Pasifik bebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.