Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 10 peserta sertai memanah atas talian
  • SUKAN

10 peserta sertai memanah atas talian

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSEMANGAT… Norhisyam Sudin (tengah depan) merakamkan gambar kenangan bersaman peserta-peserta di tanah lapang depan Menara Pehin Setia Raja Mukah.

SEPULUH peserta daripada bandar ini menyertai pertandingan memanah peringkat kebangsaan yang diadakan secara atas talian semalam.

Mereka ialah terdiri daripada  enam ahli Kelab Memamah Tradisional Mukah (KMTM) dan empat  dari Golden Archers Team (GATE).

Menurut Ketua Pasukan kawasan Mukah ini, Norhisyam Sudin, kejohanan  ini adalah anjuran kelab memanah daripada  Wilayah Persekutuan Labuan (Gabungan Pemanah Labuan).

Tambah beliau, pertandingan bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam dan secara atas talian dikendalikan oleh ketua pasukan di setiap kawasan masing-masing.

“Nama kejohanan ialah Cabaran Panggilan Pulau 2020 (PPC 2020) ini telah disertai oleh sejumlah 840 peserta seluruh negara. Dan ia diadakan secara atas talian… dibuat secara langsung melalui FB oleh saya selaku ketua pasukan di Mukah ini,” ujarnya.

Antara objektif pertandingan ini, katanya lagi,  adalah untuk menghidupkan semula sukan terbabit setelah sekian lama berehat akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara yang menjuruskan kepada  Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Menyatakan terima kasih beliau terhadap sokongan Utusan Sarawak kepada sukan tersebut, beliau berharap dokongan seperti itu akan diteruskan sampai bila-bila.

“Harapan kita kalau ada pertandingan yang lain nanti saya akan maklumkan. Terima kasih atas sokongan terhadap sukan memanah Mukah.

“Walaupun sukan memanah di Mukah masih baharu, tapi kami selaku kelab KMTM Mukah akan cuba sedaya upaya untuk menarik seberapa ramai yang boleh untuk menyertai aktiviti sukan memanah di Mukah ini,” kata Norhisyam dengan penuh harapan.

Sementara itu beberapa penggiat sukan di sini juga melahirkan rasa lega apabila pihak kerajaan telah membenarkan pusat sukan untuk beroperasi semula mulai 15 Julai ini, namun dengan pendekatan yang berhati-hati.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Penyokong rancang boikot aksi final Piala Perancis
Next: ‘Coach Siva’ tinggalkan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.