Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 pelancong maut van terjunam ke dalam gaung di Pakistan
  • GLOBAL

10 pelancong maut van terjunam ke dalam gaung di Pakistan

Utusan Sarawak 2 hours ago
NAHAS tragis di Murree, Pakistan, meragut 10 nyawa apabila sebuah van pelancong yang membawa 23 penumpang terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbakar. Foto AGENSI

ISLAMABAD: Sebuah van pelancong terjunam ke dalam gaung di wilayah utara Murree, Pakistan hari ini, meragut 10 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 13 yang lain.

Nahas berlaku di Lebuh raya Murree apabila van yang membawa pelancong terbabas dan terjunam dari jalan raya akibat dipandu laju, kata Timbalan Pesuruhjaya Murree Agha Zaheer Abbas Shirazi kepada Xinhua.

Beliau berkata selepas nahas, van berkenaan terbakar menyebabkan sebahagian mangsa rentung sehingga sukar dikenal pasti.

“Wanita dan kanak-kanak turut termasuk dalam kalangan mangsa,” katanya.

Van yang membawa sekurang-kurangnya 23 penumpang itu sedang dalam perjalanan ke Murree dari daerah Multan di wilayah timur Punjab ketika nahas berlaku.

Menurut polis tempatan, pasukan penyelamat dan sukarelawan segera tiba di lokasi kejadian, mengeluarkan mayat mangsa serta menyelamatkan mereka yang cedera sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Beberapa mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Mei 2026 bulan kedua terpanas dalam rekod, Eropah dilanda gelombang haba awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.