
SARIKEI: Sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Sarikei menerima sumbangan berbentuk cek di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pusat Khidmat DUN Repok, baru-baru ini.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Antara NGO yang menerima sumbangan tersebut ialah Tabung Kelab Polis Sarikei, Urusetia Saudara Kita Sarikei, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan PKMB Sarikei, Kelab Memanah Tradisional Perkasa dan Kelab Sosial dan Sukan (LANDAS).
Turut menerima sumbangan ialah Kelab Sukan Payung Terjun Kenyalang, Kelab Sukan Rekreasi Goyang Sarikei, Lim Tang Soo Do Club, PPWS Perkumpulan Jalan Getah Sarikei, serta Persatuan Rekreasi Angkatan Pertahanan Awam Sarikei (APM Sarikei).
Katanya, sumbangan ini merupakan sokongan berterusan kepada NGO tempatan yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti melalui aktiviti kemasyarakatan, sukan, keselamatan dan kebajikan.
“Saya percaya NGO adalah tulang belakang kepada keharmonian masyarakat.
“Sumbangan ini adalah tanda sokongan terhadap usaha mereka membina perpaduan dan memupuk nilai positif dalam kalangan rakyat,” katanya.
Tiong Sii turut menegaskan komitmennya untuk terus menyalurkan bantuan kepada NGO yang aktif dan berwibawa dalam menjalankan program bermanfaat.
Oleh Earl Anek