Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 10 maut rempuhan di gereja
  • TEMPATAN

10 maut rempuhan di gereja

Utusan Sarawak 5 months ago
Kejadian berlaku ketika program pengagihan barang bantuan kepada penduduk kampung.Foto AFP

ABUJA: Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan semasa pengagihan barangan bantuan di sebuah gereja tempatan di daerah Maitama, Abuja, ibu negara Nigeria, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Seorang pegawai gereja berkata sejumlah individu turut cedera apabila pengagihan barangan bantuan, termasuk makanan dan pakaian menjelang sambutan Krismas, bertukar menjadi huru-hara pada pagi Sabtu di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama.

Jurucakap Sekretariat Katolik Nigeria Padre Mike Nsikak Umoh  berkata acara itu menarik lebih 3,000 orang dari kampung berdekatan dan kawasan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, berikutan “insiden tragis” itu, pengagihan bantuan dihentikan.

Sementara itu, pasukan keselamatan termasuk polis rahsia dan anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keadaan, menyuraikan orang ramai, dan memastikan kawasan kejadian selamat.

Setakat ini, kerajaan mahupun agensi keselamatan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung tragedi itu.

— BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Lelaki terjun jambatan ditemui lemas
Next: SDNU berjaya kumpul RM100,000 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.