
ALOR SETAR, 20 Mei -- Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bergambar bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) baharu selepas Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah EXCO Kedah yang ke-14 di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman hari ini.?Barisan hadapan (dari kiri) Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Masyarakat India Azman Nasrudin, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Tenaga dan Pengajian Tinggi, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air dan Kerja Raya, Datuk Suraya Yaacob. Barisan belakang (dari kiri) Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Mohd Firdaus Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Sumber Manusia dan Kepenggunaan Wan Romaini Wan Salim, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pembangunan Insan, Pembasmian Kemiskinan dan Kesejahteraan, Datuk Siti Aishah Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan, Halimaton Shaadiah Saad, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Datuk Najmi Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Masyarakat Cina dan Siam Dr Robert Ling Kui Ee. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

ALOR SETAR: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah yang baharu semalam.
Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsung di pejabat baginda di Wisma Darul Aman di sini.
ADUN berkenaan ialah Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Tokai), Azman Nasrudin (Lunas), Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Datuk Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas).
Turut mengangkat sumpah, Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Wan Romani Wan Salim (Bukit Pinang), Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kupang), Mohd Firdaus Ahmad (Kuah) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.
Ahad lepas, ADUN Jeneri Muhammad Sanusi, 46, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 selepas Sultan Sallehuddin memperkenan pelantikannya untuk jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Pelantikan dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Muhammad Sanusi mendapat sokongan majoriti ADUN.
Berikut senarai Exco Kedah yang mengangkat sumpah semalam dengan portfolio masing-masing:
1. Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail – Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi
2. Datuk Dr Mohd Hayati Othman – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan
3. Azman Nasrudin – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India
4. Datuk Suraya Yaacob – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber dan Tenaga
5. Halimaton Shaadiah Saad – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan
6. Datuk Siti Ashah Ghazali – Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan.
7. Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia
8. Wan Romaini Wan Salim – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
9. Dr Robert Ling Kui Ee – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam
10. Mohd Firdaus Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sementara itu, Muhammad Sanusi memegang portfolio pengerusi Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)– Bernama