Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 cedera dipanah petir di Jerman
  • GLOBAL

10 cedera dipanah petir di Jerman

Utusan Sarawak 12 months ago
GAMBAR hiasan.

DRESDEN: Seramai 10 orang cedera termasuk empat daripadanya parah akibat dipanah petir di bandar Dresden, timur Jerman pada petang Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut jurucakap bomba, dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun yang diserang sakit jantung berjaya diselamatkan.

Dalam keadaan cuaca buruk dan ribut petir yang melanda Dresden, petir telah menyambar mangsa yang berada di tebing sungai Elbe sejurus selepas 5 petang (1500GMT).

Tiga wanita dan tujuh lelaki berusia antara 26 dan 41 tahun cedera. Empat daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Kesemua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Perkhidmatan Cuaca Jerman di Leipzig telah memberi amaran mengenai aktiviti ribut petir di beberapa bahagian Saxony manakala bagi Dresden, amaran risiko ribut petir pada tahap dua daripada empat turut dikelurkan.

Polis masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Pilihan Raya Iran ditetapkan 28 Jun depan
Next: Kapal akibatkan jambatan di Baltimore runtuh dialihkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.