Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • YSISS mula beroperasi di Sibu menjelang pertengahan tahun
  • PENDIDIKAN

YSISS mula beroperasi di Sibu menjelang pertengahan tahun

Utusan Sarawak 1 month ago
BANGUNAN Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Sibu, yang dijangka memulakan operasinya menjelang pertengahan tahun ini.

SIBU: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) dijangka mula beroperasi di Sibu menjelang pertengahan tahun ini, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata para pelajar dan guru YSISS yang kini masih ditempatkan di Kuching akan berpindah ke kampus baharu di Sibu sebaik sahaja persiapan selesai.

Sebelum ini, sekolah tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini dan hanya memulakan operasi pada tahun hadapan.

“Kita sering melihat pembangunan dari segi fizikal, tetapi pada masa sama, kerajaan Sarawak juga komited melabur dalam sektor pendidikan sebagai asas penting bagi masa depan anak-anak Sarawak,” katanya.

Penubuhan YSISS bertujuan memberi peluang kepada pelajar cemerlang, khususnya dari kawasan luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah, untuk mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa.

YSISS Sibu merupakan sekolah antarabangsa ketiga di bawah Yayasan Sarawak, selepas dua kampus lain di Petra Jaya dan Jalan Kuching-Serian (Mile 12).

Kampus baharu di Betong, Bintulu dan Miri pula sedang dalam perancangan untuk pembukaan akan datang. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pertimbang kaji semula kadar pinjaman, terma pembayaran PTPTN
Next: UiTM Melaka perkukuh peranan sebagai hab pendidikan tinggi serantau menerusi CASSIC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.