KUCHING: Seorang lelaki warganegara Myanmar berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan Batang Salak.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Win Myat Thu.
Menurut kenyataan daripada PGO Bomba Sarawak, laporan mengenai kehilangan mangsa diterima pada 1.23 petang tadi dan pasukan penyelamat tiba di Wharf Jabatan Perikanan Sarawak, Santubong pada 1.49 petang.
Antara terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ialah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.
Bagaimanapun, setakat 6.38 petang tadi, mangsa masih gagal ditemui.
Oleh Azreen Keria