
NEW YORK, NEW YORK - SEPTEMBER 05: Serena Williams of the United States returns a shot during her Women’s Singles third round match against Sloane Stephens of the United States on Day Six of the 2020 US Open at USTA Billie Jean King National Tennis Center on September 05, 2020 in the Queens borough of New York City. Al Bello/Getty Images/AFP

SERENA Williams mengatasi kebimbangan di peringkat awal selepas mengalahkan rakan senegara Sloane Stephens untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Williams, pilihan ketiga, tumpas pada set pertama sebelum bangkit pada set kedua dan sterusnya menang dengan menang 2-6, 6-2, 6-2 ketika beraksi di Stadium Arthur Ashe tanpa kehadiran penonton susulan pandemik Covid-19.
Pemain berusia 38 tahun itu, yang merangkul gelaran perseorangan Grand Slam ke-24, akan berhadapan dengan pemain pilihan ke-15 dari Greece, Maria Sakkari untuk merebut slot diperingkat suku akhir.
Dengan penonton dihalang daripada menyaksikan acara di Flushing Meadows tahun ini akibat peningkatan kes pandemik Covid-19, beberapa pemain utama mengambil kesempatan dengan melihat aksi persaing mereka dari hotel penginapan masing-masing.
Sofia Kenin dan Naomi Osaka – masing-masing pilihan kedua dan keempat masing-masing – melakukan permainan dalam tiga set, seperti yang dilakukan pilihan kelima dalam undian lelaki, Jerman Alexander Zverev.-AFP