Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHO kaji semula penggunaan ubat anti malaria
  • GLOBAL

WHO kaji semula penggunaan ubat anti malaria

Utusan Sarawak 5 years ago
WHO umum ujian klinikal ubat anti malaria Hydroxychloroquine bagi rawatan koronavirus akan diteruskan semula. • Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) umum ujian klinikal ubat anti malaria bagi rawatan koronavirus akan diteruskan semula.

Badan itu merumuskan tiada sebab untuk menukar protokol ujian selepas meneliti data mortaliti.

WHO menghentikan ujian klinikal Hydroxychloroquine 25 Mei lalu.

Ia selepas kajian mencadangkan penggunaan ubat anti malaria itu meningkatkan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

“Berdasarkan ujian berterusan yang dikendalikan beberapa pihak lain melibatkan lebih 11,000 pesakit, kami yakin tiada kesan yang ditunjukkan berhubung kematian.

“Jawatankuasa pemantauan data telah mencadangkan supaya ujian klinikal itu boleh diteruskan.

“Hydroxychloroquine lazimnya digunakan untuk merawat keradangan saraf,” kata ketua saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan

Namun banyak pihak termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa ubat itu berkesan untuk merawat koronavirus.

Lebih 3,500 pesakit disenaraikan di 35 negara untuk mengambil bahagian dalam ujian klinikal itu.-AFP

Continue Reading

Previous: Protes ganas merebak di Paris
Next: Thailand masuki fasa akhir longgar sekatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.