Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • West Ham lebur rekod tanpa kalah Liverpool
  • SUKAN

West Ham lebur rekod tanpa kalah Liverpool

Utusan Sarawak 4 years ago
ANGELO Ogbonna dari West Ham mencabar penjaga gol Liverpool, Alisson Becker semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London. • Foto AFP

WEST Ham menewaskan Liverpool 3-2 semalam untuk menamatkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah The Reds di Stadium London semalam.

Pasukan Jurgen Klopp hanya memerlukan satu perlawanan lagi untuk mencipta rekod baharu 26 perlawanan tanpa kalah kelab dalam semua pertandingan tetapi tiga kesilapan mahal daripada penjaga gol Alisson Becker merugikan mereka.

Liverpool bertandang ke Stadium London tanpa sebarang kekalahan sejak April, tetapi meninggalkannya dengan kekecewaan  ketika West Ham melonjak memintas mereka ke tempat ketiga dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Ia adalah hari untuk dilupakan buat pemain antarabangsa Brazil, Alisson yang mana jaringan sendiri meletakkan West Ham di hadapan pada awal separuh masa pertama.

Trent Alexander-Arnold menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang cemerlang, tetapi Alisson sekali lagi melakukan kesilapan apabila Pablo Fornals dan Kurt Zouma menjaringkan gol untuk Hammers selepas separuh masa.

Divock Origi mengurangkan defisit untuk Liverpool, tetapi ia tidak mencukupi untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dan kekal empat mata di belakang pendahulu Chelsea.

“Berapa panjangnya rentak tersebut, akhirnya ia akan berakhir. Nampaknya kami kehilangan sedikit kesabaran.

“Kami tidak begitu tenang pada saat-saat yang menentukan. Kami boleh menjadi lebih baik, 100 peratus,” kata Klopp, yang kecewa dengan beberapa keputusan pengadil.

Bos West Ham David Moyes berkata, menamatkan saingan di tempat Liga Juara-Juara UEFA adalah realistik selepas mereka hampir melakukannya musim lalu.

“Keputusan ini menunjukkan bahawa kami benar-benar mempunyai peluang yang baik untuk mencabar tempat teratas. Saya amat berbangga (bahawa saya telah mengubah West Ham kembali). Cara yang dilakukan oleh pemain, anda bercakap tentang saya mengubahnya. Pemain-pemain ini hampir tersingkir, kini kami sedang berusaha untuk ke layak ke Eropah,” katanya kepada BBC- AFP

Continue Reading

Previous: Kuching City peroleh kemenangan sulung
Next: Kemenangan jadi motivasi pemain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.