Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Waspada situasi semasa wabak Covid-19
  • TEMPATAN

Waspada situasi semasa wabak Covid-19

Utusan Sarawak 4 years ago
LENGKAP… Gerawat Gala dan Anyi Ngau menerima suntikan Vaksin dos kedua di Dewan Suarah Marudi, semalam.

MARUDI : Rakyat di Poyut/Lubok Nibong diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan situasi wabak Covid-19 masa kini walapun kawasan terbabit masih dalam Zon Hijau.

Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Dato Gerawat Gala, beliau mengucapkan syabas kepada pemimpin setiap kampung dan petugas barisan hadapan yang telah mengambil berat dan mengawal orang luar datang ke rumah panjang dan kampung masing-masing.

“Inilah yang diharapkan kerana kita mahu menjaga kawasan sentiasa bersih dan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19,” katanya selepas menerima suntikan vaksin dos kedua di Dewan Suarah Marudi, semalam.

Turut menerima suntikan vaksin dos kedua Covid-19 ialah Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau.

Berkenaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Gerawat berharap rakyat sentiasa mengawal keadaan dan tidak membenarkan orang datang ke tempat mereka.

Beliau turut menggalakkan rakyat di kawasannya mendaftar bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Tegasnya, semua rakyat perlu mendaftar dan menerima vaksin tersebut kerana ini adalah satu cara untuk menjaga daripada jangkitan wabak berkenaan.

“Saya mengesa dan berharap penduduk tempatan jangan mendengar maklumat yang tidak tepat disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai vaksin ini,” katanya.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: 202,722 mohon Kenyalang Gold Card
Next: Bunga Tecoma mekar indah di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.