Warga tempatan mula selesa dengan pembelian online

Facebook
WhatsApp

MUKAH: Kebelakangan ini penduduk tempatan sudah mulai membiasakan diri untuk mendapatkan barang keperluan melalui atas talian.

Walaupun bagi segelintir orang tempatan menganggap  perkembangan itu   sesuatu yang baharu, terutama sekali bagi yang sudah berusia, namun  mereka tetap  menerimanya dengan penuh kelegaan.

Bagi golongan ini saluran yang sering digunapakai adalah pesanan melalui WhatsApp, manakala pembayaran samaada melalui atas talian atau bayaran tunai waktu terima (COD) bagi  penjual yang ada perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Adalah  difahamkan penggunaan atas talian untuk mendapat keperluan harian  itu mencapai ke tahap yang tertinggi  bagi penduduk di sini semenjak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuatkuasa sebulan  yang lalu.

Hampir semua barang yang boleh diperolehi dengan kaedah  dalam talian ini iaitu dari bahan basah hingga ke makanan  seperti nasi bungkus, kuih-muih dan sebagainya.

Malah buah asam paya yang biasanya hanya didapati di Pasar Tamu bagi Bandar Mukah, namun kini ia juga boleh ditempah melalui atas talian.

Sebelum ini, bagi penduduk luar bandar  penggunaan ‘online’ untuk memasarkan sesuatu produk hanya  di kalangan generasi muda sahaja, akan tetapi kini penggunaannya lebih meluas iaitu ke  pelbagai peringkat usia, samaada dikendalikan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

Misi besar Pusaka perkasa industri buluh Sarawak

KUCHING: Buluh yang selama ini sinonim dengan kehidupan tradisional masyarakat Sarawak berpotensi berkembang sebagai sumber ekonomi baharu melalui penghasilan produk bernilai tambah seperti

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang