Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas sesat mendaki ditemui selamat
  • TEMPATAN

Warga emas sesat mendaki ditemui selamat

Utusan Sarawak 2 years ago

KESEJUKAN... Keadaan dua mangsa ketika ditemui oleh pihak bomba sekitar 2.00 pagi tadi di Taman Negara Gunung Gading.

LUNDU: Dua wanita warga emas terkandas ketika mendaki Taman Negara Gunung Gading, semalam telah berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang terkandas, Diana Bill, 57, dan Dolthy Chupan, 53, mangsa dijumpai pada 2.21 pagi oleh pasukan penyelamat berdekatan Batu Berkubu (KM6.4) dalam keadaan kesejukan dan keletihan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataan media, Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu telah menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu melaporkan mengenai dua mangsa terkandas di Taman Negara Gunung Gading.

Sejurus menerima laporan, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) digerakkan ke BBP Lundu bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pihak bomba telah memberi minuman serta selimut yang dibawa sekali semasa operasi SAR.

“Untuk keselamatan, mangsa dibawa turun pada awal pagi tadi sekitar 6.00 pagi memandangkan laluan dalam keadaan licin dan persekitaran masih gelap,” katanya

Komander Operasi SAR PPgB Muhamad Hazijul Abdul Mujun dengan kekuatan 11 anggota diketuai PBK II Daniel Teo turut dibantu enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua renjer hutan dan dua orang awam.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Bangkai buaya sangkut pada pukat nelayan di Teluk Asam
Next: Harga elektrolizer boleh turun jika dikeluar besar-besaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.