Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut dirempuh MPV di Jambatan Sepupok
  • KEMALANGAN

Warga emas maut dirempuh MPV di Jambatan Sepupok

Utusan Sarawak 17 hours ago
MAUT… Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kemalangan maut yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di Jambatan Sepupok, Batu Niah, malam tadi.

MIRI: Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jambatan Sepupok, Batu Niah, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.40 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Batu Niah di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, pemandu MPV terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Faizal Moktar di talian 012-8186509 atau 085-430479, atau mana-mana balai polis berhampiran. 

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Diplomatik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.