Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Warga emas maut, 16 rumah musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Warga emas maut, 16 rumah musnah terbakar

Utusan Sarawak 1 month ago
MUSNAH… Tangkap layar rakaman video dikongsikan di Facebook menunjukkan keadaan sekitar kebakaran melibatkan rumah-rumah setinggan di Jalan Tanjung Kidurong, Sungai Plan pagi tadi.

BINTULU: Seorang wanita warga emas maut selepas rumahnya musnah dalam satu kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan di Jalan Tanjung Kidurong, Sungai Plan di sini, pagi tadi.

Mangsa, dikenali sebagai Nuie Ipang, 77, ditemui rentung di lokasi kejadian.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada 11.06 pagi.

OPERASI PEMADAMAN… Tangkap layar video dikongsikan di Facebook menunjukkan anggota bomba semasa melakukan operasi pemadaman kebakaran melibatkan rumah setinggan di Jalan Tanjung Kidurong, Sungai Plan pagi tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dikerahkan ke lokasi kejadian sambil dibantu oleh pasukan dari BBP Bintulu.

“Kebakaran melibatkan kawasan rumah setinggan berstruktur tidak kekal dengan keluasan kira-kira 300×400 kaki persegi. 

“Sebanyak 16 rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut,” katanya.

Sementara itu, kebakaran berjaya dikawal pada 12.03 tengah hari manakala operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 2.40 petang.

Seramai 92 mangsa dilaporkan terjejas dalam kejadian berkenaan, terdiri daripada 67 dewasa dan 25 kanak-kanak.

Punca kejadian serta anggaran kerugian kebakaran masih dalam siasatan. 

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran Putra Heights: Nilai kerugian dianggar RM65.4 juta
Next: Mangsa kebakaran di Sungai Plan terima pelbagai keperluan asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.