Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas hilang dijumpai terapung
  • TEMPATAN

Warga emas hilang dijumpai terapung

Utusan Sarawak 5 years ago

SHEILA ZAIDI

SERIAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Jalan Mamat, Batu 30 ½ Jalan Kuching-Serian pada Sabtu lalu dijumpai mati di Sungai Mamat semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang berusia 71 tahun, dijumpai terapung di Sungai Mama sekitar jam 1.12 tengah hari.

“Penemuan tersebut adalah hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan dengan kerjasama daripada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

“Dalam operasi ini, pasukan SAR telah dibahagikan kepada dua sektor dan menggunakan teknik pencarian mengikut arus sungai dari hulu ke hilir Sungai Mamat,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, pada jam 1.12 tengah hari, satu mayat dijumpai terapung di Sungai Mamat dalam jarak 2.68 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Katanya, identiti mayat tersebut kemudian disahkan oleh anak mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini, kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh anaknya semasa mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar jam dua petang pada Sabtu lalu.

“Pihak bomba telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 5.55 petang pada Ahad IPD Serian kemudiannya melancarkan operasi SAR bagi menjejaki mangsa,” katanya.

Pencarian awal telah dijalankan di sekitar jalan yang dipercayai dilalui oleh mangsa berulang alik ke rumah anaknya iaitu satu kilometer dari rumah mangsa.

Tambahnya, dengan penemuan itu, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.30 petang semalam.

Continue Reading

Previous: 4,495 premis perniagaan diperiksa
Next: Sanggup pakai grab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.