Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Warga emas dipenjara 7 hari merokok di premis makanan
  • MAHKAMAH

Warga emas dipenjara 7 hari merokok di premis makanan

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap seorang warga emas atas pertuduhan merokok di premis makanan.

Majistret Romario Jonoi memerintahkan tertuduh, Ting, 60, menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Ting didakwa merokok di premis makanan yang menjadi tempat larangan merokok pada 10 Julai 2024, sekitar 9.40 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2018) dan dihukum di bawah Peraturan 11(3), Peraturan sama.

Sabit kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, dua Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah pergi ke sebuah premis makanan untuk membuat pemeriksaan.

Setiba di premis makanan tersebut, seorang lelaki iaitu tertuduh didapati telah merokok di tempat larangan merokok seperti ditetapkan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sehubungan itu, tertuduh telah melanggar Peraturan 11(1)(d) Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2018) kerana merokok di premis makanan.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh
Next: Curi bateri lori: Pemuda dipenjara setahun   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.