Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • ​Warga emas cedera tengkuk, dada dalam kemalangan di Lichok
  • KEMALANGAN

​Warga emas cedera tengkuk, dada dalam kemalangan di Lichok

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEMALANGAN yang berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Lichok, Roban petang ini. Foto: APM Saratok

SARATOK: Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Lichok, Roban petang ini.

Mangsa yang berusia 74 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk dan dada akibat impak kejadian tersebut.

​Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata pihak Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada 3.04 petang.

Bertindak atas maklumat, seramai empat anggota penyelamat bersama sebuah ambulans segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar 25 kilometer dari pusat operasi.

​Setibanya di lokasi pada 3.30 petang, pasukan penyelamat mendapati mangsa masih berada dalam keadaan sedar namun masih terduduk di dalam kenderaannya.

Pasukan APM yang diketuai oleh PBT Alvin Gadut bersama tiga anggota lain segera menjalankan prosedur menyelamat dengan memasang alat pendakap leher (cervical collar) bagi mengelakkan kecederaan saraf yang lebih serius.

​Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dengan cermat menggunakan papan tulang (spinal board) sebelum dipindahkan ke dalam ambulans.

Proses penyerahan mangsa kepada pihak perubatan selesai sepenuhnya pada 4.05 petang di Hospital Saratok bagi membolehkan mangsa menerima rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya sekitar 4.10 petang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Seorang wanita maut, dua pemandu cedera dalam kemalangan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.