Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas cedera, lelaki selamat dalam kemalangan di Jalan Lukut Penyulau
  • KEMALANGAN

Warga emas cedera, lelaki selamat dalam kemalangan di Jalan Lukut Penyulau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEORANG cedera dan tidak sedarkan diri dalam kemalangan kendiri di Jalan Lukut Penyulau, petang tadi. -Foto PGO

KANOWIT: Seorang wanita warga emas cedera dan tidak sedarkan diri manakala seorang lelaki terselamat dalam satu kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta di Jalan Lukut Penyulau, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.45 petang.

Menurutnya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi kejadian yang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas ke dalam parit ketika dalam perjalanan dari Kanowit menuju ke Sibu.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penumpang yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurut kenyataan itu, mangsa wanita tidak tersepit dan pasukan bomba segera memasang alat sokongan leher (cervical collar) serta mengeluarkan mangsa dari kenderaan menggunakan pengusung (stretcher).

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Kanowit menggunakan ambulans.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki separuh sedar selepas terlibat nahas di Sarikei
Next: Insiden pesawat TUDM, LTSAH ditutup sementara 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.