Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga asing ditahan terlibat dadah di Mukah
  • JENAYAH

Warga asing ditahan terlibat dadah di Mukah

Utusan Sarawak 3 hours ago

DITAHAN.….Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan ladang kelapa sawit, pagi semalam. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang lelaki warga asing berumur 31 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan sekitar 11.40 pagi itu, dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Hasil pemeriksaan telah menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.20 gram,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh ladang sawit dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, keputusan ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek direman selama empat hari hingga 8 Disember 2025 bagi melengkapkan siasatan,” tegasnya.

Muhamad Rizal menegaskan, IPD Mukah komited dalam usaha membenteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah disarankan untuk menghubungi talian hotline IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Khas Narkotik: 11 suspek ditahan di Lawas
Next: Lelaki ditahan baling objek hingga rosakkan lampu bas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.