Lelaki ditahan baling objek hingga rosakkan lampu bas

Facebook
WhatsApp
TAHAN… Seorang lelaki tempatan yang berjaya ditahan oleh polis pada 2.10 petang di pondok di Jalan Pulau Melayu 2B di Miri, semalam. Foto IPD Miri

MIRI: Seorang lelaki tempatan telah ditahan polis kerana disyaki membaling objek keras sehingga menyebabkan kerosakan pada lampu bas di sini, semalam.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, tangkapan tersebut diketuai oleh Ketua Polis Balai Miri, ASP Goldy Jangan, bersama anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pusat Miri pada 2.10 petang di pondok di Jalan Pulau Melayu 2B.

Pihak polis turut merampas baju T-shirt dan seluar jeans yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

TAHAN… Seorang lelaki tempatan yang berjaya ditahan oleh polis pada 2.10 petang di pondok di Jalan Pulau Melayu 2B, di Miri, semalam. Foto IPD Miri

Pihak polis menegaskan bahawa sebarang perbuatan khianat yang mengancam keselamatan atau merosakkan harta benda akan dikenakan tindakan tegas.

Orang awam turut digesa menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah di Miri.

Oleh Adum Liu