Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita warga emas maut, kereta dinaiki merempuh belakang lori
  • KEMALANGAN

Wanita warga emas maut, kereta dinaiki merempuh belakang lori

Utusan Sarawak 5 hours ago
ROSAK…Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di KM876 Lebuh Raya Pan Borneo, Beluru, tengah hari semalam.

MIRI: Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori dalam kemalangan di KM876 Lebuh Raya Pan Borneo, Beluru, di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian sekitar 1.15 petang itu, mangsa berusia 71 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lori berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerahi, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata siasatan awal mendapati lori tersebut tiba-tiba mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan sebelum dirempuh kereta dipandu suami mangsa berusia 73 tahun  yang datang dari arah belakang.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut, mangsa lain cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.